Dari jauh aku melihat susuk tubuh anak kecil itu berjalan seperti tidak bermaya. Dari raut wajahnya, aku dapat membayangkan bahawa anak kecil itu pastinya sedang mencari ibunya. Dalam keasyikan memerhatikan gelagat anak kecil itu, tanpa aku sedari air mata ini mengalir dipipi..terdengar bisikan halus ditelinga ku memaksa aku menolong anak kecil itu. Tapi aku hanyalah insan biasa. Tidak punya kuasa untuk berbuat apa-apa. Yang hanya mampu aku lakukan ialah menangis,..bayangan anak kecil itu masih terlekat di fikiran ini. Kenapa ibunya sanggup mengabaikan anak itu? dimana silapnya sehingga sang ibu sanggup menghukum anaknya sedemikian? apakah sang anak itu minta untuk dilahirkan dan kemudian diabaikan oleh keluarganya sendiri? kejam sungguh mereka.
Anak itu masih kecil untuk dihukum sedemikian rupa. Masih mentah untuk memahami erti kehidupan ini. Masih terlalu kecil untuk berfikir dan memikirkan apa yang bakal ditempuhi hari esok. Hati ini dihujani rasa bersalah kerana tidak berbuat apa-apa terhadap anak kecil itu. Dalam hati ini masih menaruh harapan agar masih diberi peluang untuk bertemu dengannya lagi. Bisakah aku bertemu dengannya? tapi bila...? aku sendiri pun tidak tahu.
Masa berlalu..mungkin anak itu sudah besar sekarang. Sudah berkeluarga agaknya dia. Aku cuma mampu berdoa agar anak kecil yang mungkin telah bergelar isteri atau mungkin telahpun bergelar ibu itu akan memperoleh kebahagian dalam hidupnya...
-Nukilan : jasmine a.k.a yanie

0 comments:
Post a Comment